Pengenalan



AKADEMI HUFFAZ ULUL ALBAB (NS0141610-W) didaftarkan pada tahun 6 Feb 2015 sebagai sebuah pusat pengajian Al-Quran , Motivasi dan pengajian ilmu-ilmu islam. Akademi ini bernaung dibawah pengurusan Pertubuhan Kebajikan Ulul Albab (PPM 009-05-07122012). Pertubuhan Kebajikan Ulul Albab menjalankan aktiviti kebajikan, pendidikan dan kemasyarakatan .


Sekarang terdapat seramai 35 orang pelajar lelaki dan 33 orang pelajar perempuan. Tahfiz ini merupakan tahfiz kemahiran di mana sebelah pagi dan malam pelajar akan menghafal Al Quran dan mendalami ilmu-ilmu agama serta Bahasa Arab, di sebelah petang pula mereka akan dilibatkan dalam kemahiran hidup yang disediakan seperti membuat kek, jahitan, studio rakaman, kedai makan, hotel dan lain lain.

Sebahagian pelajar merupakan anak yatim, anak ibu tunggal, anak orang miskin jadi pihak tahfiz tidak mengenakan sebarang yuran ke atas mereka. Semua kos makan minum, pengajian dan tempat tinggal ditanggung sepenuhnya oleh pihak pentadbiran Akademi Huffaz Ulul Albab.


Alamat No 1756-1, Jalan Nusari Bayu 7/1, Nusari Biz, 71900 Bandar Sri Sendayan, Seremban

Sebarang sumbangan atau tajaan boleh disalurkan ke akaun

MAYBANK 555171515316
atas nama
AKADEMI HUFFAZ ULUL ALBAB

hubungi Pengetua Us Faisal 0133565615








Comments

Popular posts from this blog

Ramai Anak Yatim Di Sini